16 June 2008

Entri terakhir sebelum ke Singapura

Assalamualaikum dan salam sejahtera buat semua Pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Malam ini Kak Ain ingin berkongsi satu lagi gambar yang diambil ketika bengkel PTS pagi tadi. Ini adalah gambar bersama En. Roslan, pegawai Eksekutif PR PTS. Encik Roslan menemuramah Kak Ain bagi mengumpul maklumat menulis sebuah artikel. Artikel itu nanti akan menyentuh latarbelakang Kak Ain sebagai penulis, buku-buku semasa dan juga perancangan masa depan.


InsyaAllah bila sudah keluar artikelnya di halaman media, Kak Ain akan maklumkan kepada semua. Tunggu.... =D

Di sini, Kak Ain juga ingin memberitahu bahawa ini adalah entri terakhir Kak Ain sebelum ke Singapura. Kak Ain ke Singapura pada hari Selasa. Tetapi hari Isnin Kak Ain ada banyak senarai kerja yang perlu dilunaskan. Antaranya membasuh baju (mungkin tiga kali pusing), mengemas baju ke Singapura, mengemas rumah, membuang sampah dan memastikan makanan di peti ais dibersihkan sebelum rumah ditinggalkan.

Oh! Paling penting, manuskrip 1/4 yang sedang diperiksa itu perlu dihantar seberapa segera!

Sepanjang Kak Ain tak ada, pengunjung Rumah Pink masuk sajalah seperti biasa. Pintu tak berkunci. Jaga diri semua. Jangan nakal-nakal!

Salam Banyak Kerja,
AinMaisarah

16 comments:

fatinhanani said...

okay kak ain..
fatin tak nakal!!!
=)

Anonymous said...

salam kak ain,

selamat pergi dan balik..

-kyna-

MIRA said...

KAk Ain,

Mira x akn nakal2!!!

Take care....Selamat pergi dan balik!!!Belikan kami ole-ole ya!!!Hehehe...

AinMaisarah said...

Dear Fatin,
Terima kasih ats doa. Kak Ain ada pasang kamera CCTV di sini. Baik-baik! ;)

Dear Kyna,
Amin atas doa itu. Kak Ain naik kereta. Cik Abang bawa. Cik Abang tu pemandu berhemah =D Harapnya semua selamat

Dear Najwa,
Isk.. isk.. isk... bangkrup Kak Ain nak belikan ole-ole untuk semua pengunjung Rumah Pink! Heheh. Apapun, Kak Ain ada ole-oleg bergambar. InsyaAllah Kak Ain cuba masukkan entri baru setiap hari walaupun di Singapura.

Salam Sayang,
AinMaisarah

Anonymous said...

cctv???
alamak..
takutnyer..
kalau fatin buat kesalahan apa hukumannya ya kak ain???
xD
kak ain bestlah dpt bercuti tp fatin terbeban dengan homework yang banyak tak terkata!!!

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Oh ! Kak Ain ke Singapura lagi ye ?
Kak Ain masukkan gambar banyak-banyak macam hari tu yer?
Hanis nak cuci mata tengok bandaraya Singapura.
:)

FaRah said...

salam kak ain
pasti pengunjung di sini akan ternanti-nanti entri kak ain.. kak ain jangan lupe kitorang ye.. yg pling penting, kak ain blslah komen saye ni!saye amat mengharainya. mengapa kak ain ke sana? pasti saye akan rindu. hehehe. saye juga tak akan nakal-nakal.

Anonymous said...

Salam Kak Ain,

Semoga Kak Ain have fun at Singapore.

Salam drpd saya,
zafirah

Anonymous said...

salam kak ain,

banyak betul rezeki kak ain. alhamdulillah... sepanjang di sini, ramai kawan-kawan yang saya dah jumpa dan berkawan seterusnya dapat mengeratkan ukhuwah di antara kita semua. syukur kepada Allah.

saya dan seluruh adik-adik di sini mendoakan kesejahteraan dan keselamatan kak ain sepanjang perjalanan pergi dan pulang ke singapura. semoga enjoy selalu!

wasalam.

sayang...kak ain,
nurul

~dhira~ said...

Salam kak ain...

Have fun in Singapore. Jangan lupa kami di sini. Selamat jalan!!!

~dhira~ said...

We will miss you....

Anonymous said...

hai kak ain,
sayalah nora,kawan si nurul yonna yonni tu.sya teringin sangat nak dapatkan semua buku-buku kak ain tu.dengar kata, kak ain sekarang ada kat singapore eh? semoga selamat pergi dan selamat kembali dan sukses selalu!!

Farah Hanum said...

salam kak ain...
semoga kak ain sihat semasa pergi dan balik dan saye doakan kak ain tak ade masalah....GOOD LUCK!!!

wassallammm...
farah_hanum.

Heart Of Princess!! said...

Salam Kak Ain,

semoga gembira disana...
take care and have fun...

wassalam..

Anonymous said...

KaK AiN...

Bye kak ain...Selamat pergi dan selamat pulang...Nanti belikanlah kami ole-ole and jangan lupa siarkan gambar2 yang menarik kat SINGAPORE!!!

Anonymous said...

ok,kak ain,
take care oright!
pergi singapura tu ingat-ingatlah
kami.

salam dpd saya
-nabilah-