02 May 2008

Pemenang Bantal PINK bagi bulan April

Assalamualaikum kepada para pengunjung Rumah Pink AinMaisarah.

Hari ini tanggal 2 Mei 2008 bersamaan dengan hari Jumaat yang mulia, Kak Ain ingin mengumumkan PEMENANG BANTAL PINK BAGI BULAN APRIL.

Kak Ain telah membuat cabutan bertuah bagi memilih seorang pemenang. Dan inilah pemenang bantal pink gebu itu.


Seribu tahniah Kak Ain ucapkan kepada pemenang bulan ini iaitu Cik Adik Qaidatul Intan Syamimie Bt Muhd! Hadiah bantal pink itu akan Kak Ain poskan secepat mungkin ke alamat No 135, PAKR Pengkalan Durian, Fasa 2, 71150 Linggi, Port Dickson, Negeri Sembilan.

Kepada pembaca lain yang telah menghantar borang penyertaan dan tidak terpilih sebagai pemenang bagi bulan April, jangan sedih-sedih. Penyertaan bulan ini akan dibawa ke bulan hadapan pula. Maknanya, masih ada lima kali peluang borang itu dicabut. Lima bantal pink yang gebu dan sedap dipeluk begitu sahaja masih menanti.

Wassalam,
AinMaisarah

12 comments:

hanis aqilah said...

Bestnya!
Tak sabar nak tunggu pemenang bulan hadapan.
Ramainya penyertaan..
Mesti sengit.
Doakan supaya Hanis memenangi bantal peluk pink tu!..;p9

whotherealmeLUVeaDi said...

salam kak ain..

nak tanye, kak ain buat 'pengambaran' kak ain kat mane ek???

salam ikhlas,
Nurhayati Nadhirah

Anonymous said...

kak ain sekarang dah tak kisah kan pasal spek prada kak ain kan

MIRA said...

Kak Ain,siapa pemenangnya?Video tu tulis this video is not available.Kak Ain ckp je sape pemenang tu?

Anonymous said...

kak ain..
kak ain buat video tu kat umah ek?
lawa umah kak ain..

Nina said...

bestnya kak ain,
jealousnya Sara...
Sara tak hantar lagi borang penyertaan.hehe..
Ala cutenya bantal tu...

AinMaisarah said...

Salam nur nyssa qyla @ Hanis,

Jangan risau...jangan bimbang. Ada lima lagi bantal pink yang menunggu. Ada rezeki InsyaAllah boleh menang cabutan bulan-bulan seterusnya.

Dear Hayati,
Penggambaran video amatur itu diadakan di rumah Kak Ain. Tepi tu dapur. Selamatlah tak nampak mangkuk nasi! Heheh.

Dear Anonymous,
Kak Ain memang nak pakai spek hitam dalam video tu. Tapi Kak Ain takut tak nampak pula tulisan dalam borang yang kecil-kecil dan halus-halus semuanya. Hanya gambar Kak Ain akan diedit dan ditambah dengan spek hitam PRADA. Video dikecualikan. :D

Najwa,
Pemenang yang akan memeluk bantal pink gebu pada bulan April ialah Cik Adik Qaidatul Intan Syamimie Bt Muhd.

Fatin,
Ya. Video itu dibuat di rumah dan Cik Abang bertugas sebagai jurukameranya. Ini perusahaan perfileman kecil-kecilan :D

Sara,
Jangan jeles-jeles. Hantar borang peraduan itu pada bila-bila masa sebelum tarikh tutupnya bulan Oktober. Tetapi lebih cepat lebih bagus. Lebih besar peluang untuk menang! Cepat-cepat-cepat. Jangan ketinggalan! (Ceh! Ayat Kak Ain macam iklan bonanza teka-teki di TV)

Anonymous said...

k.ain suara macam kartun tapi comel. hihi..................
jgn marah, gurau jek tau!
.............................

Anonymous said...

salam kak ain..

soalan untuk Mei soalan yang sama atau kak ain akan beri soalan lain???

please reply..ASAP

Anonymous said...

mana nak dapat buku kak ain selain dkt pwtc and internet? tolong jawab.

Anonymous said...

Kak Ain, kenapa video tersekat-sekat. tapi, sayapun teruja nak dapat bantal tu.

Anonymous said...

salam kak ain..
fatin try klik kat "klik di sini untuk melihat soalan" tp x leh pun..
cm ner ni kak ain???