27 May 2008

Kisah Belakang Tabir : Tentang Cup Cake

Salam buat pengunjung Rumah Pink AinMaisarah,

Minggu ini Kak Ain teramat sibuk dan terlebih pening kepala nak menyiapkan manuskrip. Ada banyak lagi bab nak ditulis. Tapi mesti yakin diri, AinMaisarah boleh menyiapkannya! Chaiyok-chaiyok! (Menjerit penuh semangat!)

Walaupun Kak Ain sibuk nak menyiapkan manuskrip, Kak Ain mahu juga masukkan entri baru dalam Rumah Pink ini. Mengapa? Ini kerana Kak Ain tahu minggu ini minggu pertama cuti persekolahan. Ramai yang jadi penunggu tetap depan komputer. Jadi Kak Ain memang menyimpan cerita yang satu ini buat tatapan semua.

Pada majlis sambutan hari lahir Farihah Iskandar @ Kak Yayah yang lalu, setiap pengunjung yang datang dan membeli buku PTSOne diberikan satu goodie bag percuma. Apa ada dalam goodie bag itu? Beberapa cenderahati seperti penanda buku dan buku doa. Selain itu ada juga cupcake yang sangat comel. Nak tengok rupanya? Inilah dia!


Memang comel sampai Kak Ain jadi sayang sangat nak makan! Cupcake ini ada dua perisa iaitu coklat dan vanila. Farihah Iskandar @ Kak Yayah juga berulangkali kempen beritahu bahawa cupcake ini sedap rasanya. Kak Ain tak sabar nak makan. Jadi apabila semua keluarga PTS diajak ke bahagian stor MPH Alamanda bagi menyambung sesi makan kek birthday, Kak Ain mengambil keputusan makan juga cupcake itu.


Sebelum makan, sibuklah Kak Ain suruh Cik Abang ambil gambar cupcake ini banyak-banyak. Ianya sebagai kenangan. Tak tahu bila lagi nak jumpa cupcake comel macam ni. Bergambar punya bergambar, salah satu dari cupcake tersebut terpelangkup jatuh kelepok ke atas baju Kak Ain. Tak sempat kutepis ke arah tuan direktor Ahmad Nisfu.


Haa.. apa lagi. Ketawalah semua orang di situ melihat satu chop istimewa di atas baju Kak Ain. Pernah lihat jenama TOUS yang mahal di shopping complex tu? Haa..... macam itulah chop yang melekat di baju Kak Ain.


Itulah kisah belakang tabir yang telah berlaku. Kak Ain pula sayang nak lap chop TOUS yang mahal itu, maka Kak Ain bawalah pulang ke rumah.

Sesiapa ada cerita-cerita malang seperti ini, silalah kongsikan bersama dengan pembaca Rumah Pink AinMaisarah. Boleh kongsi kisah di bahagian komen.

Salam CHOP CHOP,
AinMaisarah

31 comments:

::fatin:: said...

salam kak ain..
betul ckp kak ain..
cup cake tu memang comel..
kak ain simpanlah baju yang kena cup cake tu..
jgn basuh..
biar dia keras sendiri..
tp kalau semut macam mana ek???
hurm..

syiqynn//thepoison said...

haha kak ain..sian kak ain..saya pon lbh kurang cam tulah..lps keluar dari mph.saya ngan aimi pegi medan selera.nk mkn.ble nk kek tu..haihh..kek tu xnak keluar dari tupperware tuh..punyelah saya ketuk², tercampak kat meja..hehe.saya xkire.nak jugak makan..so,saya buang kan lah siket krim yan comel lagi lawa tuh..huhuh..sedeyh..tp kek die sedap sangat..saya dpt kek coklat.aimi merayu rayu kat saya nak tukar kek ngan saya sebab die dapat kek vanila..hehe..tp last² die mkn jugak kek tuh..huhu

najwaamira said...

Salam kak Ain,

Saya pun dapat goodie bag.Saya dpt perisa vanilla.Masa tu saya nak mkn di Food Court Alamanda.Saya pun mkn cup cake tu.Saya mkn bahagian badan Teddy.Badan Teddy tu xde.Tinggal mukanya sahaja..Kesian teddy tu..Kek tu pun susah sikit nak keluar dari bekas kek sebab banyak krim..

Hehhe..Nanti,mesti semut berkenan kat baju kak Ain yg ada Teddy tu.:p

najwaamira said...

Saya nak tanya kak Ain,kak Ain tgh menulis manuskrip apa?Aku Mahu Bergaya ke?

Kak Ain kalau menulis tulis kat rumah sajalah ya?

syiqynn//thepoison said...

najwa !!!
kak syiqin x smpt tegur najwa ari tu..
kawan kak syiqin tuh lah..nk pegi makan cepat²..hehe
lain kali kite jumpe ya !!!

najwaamira said...

Kak Syiqynn,

Nanti lain kali kita jumpa ya!!

najwaamira said...

Kak Ain,

Saudara saya pun penulis mcm kak Ain juga.Cuma,dia dah lama pencen.

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Comelnya cupcake tu !
Memang rasa sayang nak makan !

Alar,kesiannya baju Kak Ain,ada cop TOUS!
Nak rasa juga lar cupcake tu !
Hanis sedang cuba nak belajar nak buat cupcake chocolate kosong.

Doakan Hanis berjaya ye?

TrulyLove,
HanisAqilah

farah said...

salam kak ain..

comelnya cup cake tu..ruginya tak pergi Alamanda tu. jelesnya..rasa macam nak nangis pulak tak pergi.. kak ain tolong tanye Kak Yayah macam mana dia buat. boleh? nak jugak rasa..malulah rasanya saya nak tanye dia sebab dia tak kenal saya..baju Kak Ain tu dah basuh ke? kalau belum simpanlah buat khazanah.boleh tunjuk dekat cucu cicit nanti.

irahazira said...

Korang, saya pun ada cerita malang. tapi bukanlah cerita malang yang melucukan, sebaliknya yang betul-betul malang D; saya bergaduh dengan samseng sekolah.. dia cari pasal dengan orang, lalu depan orang macam nak langkah kepala orang. tak ke panas hati ni. tapi takut... nanti kena pukul..... D;

irahazira said...

cemburu tengok kawan-kawan yang lain dapat cupcakes. Balqis cakap cupcake tu ada rasa cheese.. huhuhu nak jugakkkk...

~Princess-Rina~ said...

Kak Ain,
Saya berangkat esok!
Doakan Rina slamat di Tanah Suci yerkkk.. :)

Sekian..Wassalam.

goRgEoUs hUh said...

kak ain...tlg l;ar jwb soalan sypsl novel comel 2...sy teringin sgt nak beli...sy btol2 nak baca...please...akak tlg lar jwb soalan sy nie...

solehah kd said...

waa~..comelnye cupcake tuh...hehehe..sape yg buat ek??..x sangke bole buat cop yg comel sangat..haha..

faty said...

askum kak ain...
sya mkn kek tu....sdpp kek tu ..spe yg wt kek tuu...
ibu se ckp comel kek tuuu...

salam,
faty

cutegirl_balqis said...

Yeah Kak Ain...memang sedap sangat cupcake tu....Balqis dapat rasa vanilla@cheese.....mula2 pun sayang nak makan....tu pasal ambil gambar banyak-banyak sebelum makan.....

Kesian Kak Ain....Balqis makan cupcake tu takde laa sampai jadi macam tu sebab Balqis makan krim dia yang sedap tu sampai habis dulu baru makan kek nya.....

Tapi memang betul cakap Kak Yayah kek itu sungguh sedap.....Balqis rasa macam nak amik je lagi satu....hehehehehehe

Anonymous said...

aku benCI!!!
aku dtg penat2...
bkannye dpt pown..
menyampah!!!
org len sume dpt menda2 dlm 2 sume...
aku x dpt pape..
penat2 jer aku dtg..
eeeeeiiiii!!!
x puas ati gler!!!!!

:::~~Izzati Hazwani~~::: said...

erm..Kak Ain.Cantiklah gelang bunga Kak Ain tu.(beli kat mana ek?)

anyway,cupcake tu nampak cute sangat!!
huhuhu..rugi tak datang.tapi,macam yang Kak Ain cakaplah,kan?UPSR lebih penting.Nak buat macam mana kan?Sepanjang 2 minggu,kan?

ainmaisarah said...

Salam Fatin,
Baju Kak Ain dah masuk mesin basuh. Memang tak boleh simpan buat kenangan. Rumah Kak Ain ada semut yang kecil-kecil halus tu. Pelik sungguh sebab rumah Kak Ain tingkat 14. Handal semut-semut kecil tu mendaki.

Dear Syiqin,
Memang cupcake tu susah sikit nak keluar dari bekasnya. Tapi mujur juga ada bekas. Jadi bila jatuh tergolek, hanya krimnya sahaja kena baju. Kak Ain lebih sukakan perisa vanila berbanding coklat. Patutnya Aimi tukar cupcake tu dengan Kak Ain.

Dear Mira,
Isk..isk..isk... sungguh kejam cara Mira memakan cupcake tu! Habis tak ada badannya. Nampaknya semua orang makan cupcake di Food Court Alamanda ye? Kak Ain lalu juga di sana waktu balik sebab nak beli air. Tapi ramai sangat orang. Cik Abang ajak balik terus dan singgah minum air di tempat lain. Buat pengetahuan Mira, sekarang Kak Ain menulis manuskrip Aku Mahu... (hmm... Kak Ain masih merahsiakan tajuk buku terbaru ini. Nanti Kak Ain umumkan kepada semua ye)

Salam Sayang,
AinMaisarah

ainmaisarah said...

Dear Hanis,
Bagus sungguh usaha nak belajar buat cupcake ni. InsyaAllah boleh berjaya asalkan rajin berusaha. Bila Hanis bertolak? Semoga selamat pergi dan balik ye.

Dear Farah,
Kak Ain memang tanya juga pada Kak Yayah tentang cupcake comel tu. Ianya ditempah khas. Kalau nak alamat atau nombor telefon bagi membuat tempahan, nanti Kak Ain cuba dapatkan. Jangan sedih-sedih, InsyaAllah ada rezeki kita boleh berjumpa di program promosi akan datang.

Dear Ira,
Lamanya tak dengar khabar Ira! I miss you dear! Terkejut Kak Ain dengar cerita terbaru Ira. Sekiranya serius pergaduhan dengan samseng tu, jangan diamkan. Nanti takut melarat pula. Tentang perjumpaan di Alamanda, Ira jangan cemburu-cemburu. InsyaAllah ada program lain di masa hadapan.

Dear Rina,
Selamat berangkat ke Tanah Suci. Kak Ain doakan Rina selamat pergi dan balik. Semoga dilancarkan segala urusan di sana. Nanti tengok-tengoklah kiri dan kanan...mana tahu terserempak dengan Hanis Aqilah di sana =D

Dear Gorgeous,
Kak Ain minta maaf banyak-banyak. Buat masa ini memang penjualan NovelComel sudah ditutup. Kak Ain nak tumpukan perhatian pada penulisan novel sahaja. Nanti bila promosi penjualan NovelComel dibuka kembali, Kak Ain akan umumkan di Rumah Pink ini ye.

Dear Solehah & Faty,
Memang cupcake itu comel. Rasanya pun boleh tahan sedapnya. Kak Yayah telah menempah khas cupcake itu untuk adik-adik pengunjung. Kena berterima kasih pada Kak Yayah yang murah hati orangnya =D

Dear Balqis,
Kak Ain sudah ke blog Balqis. Amboi! Bukan main hebat lagi bergambar! Nak cupcake lagi?? Minta pada Kak Yayah di blognya! Heheh.. =D

Dear Izzati,
Gelang tu Kak Ain beli di Forever 21, Pavillion. Terima kasih kerana memuji gelang bunga itu. Berbunga-bunga hati Kak Ain mendengarnya =D Semoga Izzati kuat hati dan tekadkan azam berusaha sehabis mungkin untuk UPSR. Good luck dear!

Salam Tengah Malam,
AinMaisarah

ainmaisarah said...

Salam ANONYMOUS,

Pertama sekali, Kak Ain berasa kesal kerana ada juga pengunjung yang tidak menerima goodie bag pada majlis hari Ahad lalu.

Buat pengetahuan, goodie bag diberi kepada 50 pengunjung yang datang ke MPH, Alamanda dan MEMBELI buku PTSOne ketika itu. Sekiranya pengunjung datang dengan buku-buku koleksinya sendiri dan hanya mengambil tandatangan tiga penulis, maka goodie bag itu tidak akan diberikan.

Sekiranya Anonymous membeli buku ketika itu tetapi tidak mendapat goodie bag, sepatutnya Anonymous terus meminta kepada staff PTS yang bertugas dan berada di sekitar. Mungkin kami penulis yang duduk di meja terlepas pandang. Maklum sahaja, ketika itu penulis-penulis sibuk dengan sesi tandatangan, bertemu pembaca dan juga bergambar.

Kak Ain ingin meminta maaf sekiranya wujud perasaan tidak puas hati. Namun Kak Ain tidak dapat mengambil apa-apa tindakan susulan kerana Kak Ain hanyalah penulis jemputan dan bukan penganjur majlis. Harap Anonymous faham situasi ini.

Namun begitu, Anonymous boleh juga menulis e-mel aduan kepada Kak Ain di maisarah_ain@yahoo.com
atau kepada Kak Yayah di farihah_iskandar@yahoo.com

Kami berdua akan membantu mengemukakan e-mel itu kepada penganjur majlis.

Salam Maaf,
AinMaisarah

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain,

Hanis bertolak harini Kak Ain,
Flight pukul 9 malam,
So Hanis kena bertolak dari rumah pukul 6.

Rumah Hanis kan jauh..
;)

TrulyLove,
HanisAqilah

goRgEoUs hUh said...

salam kaka ain..terima kasih sbsb balas soalan saya...nanti,kalau penjualan novel comel dibuka semula,insya-allah,saya akan jadi orang yang membelinya..kak ain tau x..skang nie seluruh keluarga saya,termasuklah adik saya yang terlalu obses dengan komik doraemon telah beralih minat kepada aku mahu the series..saya gembira sangat sebab sekurang-kurangnya,banyak pengetahuan dapat diperolehi daripada membaca buku doraemon 2...terima kasih banyak banyak kak ain..mak saya pun dah tertarik dengan buku-buku kak ain..dye janji dia akan beli semua buku yang kak ain tulis..tapi dengan syarat semua buku buku tu kena simpan dan jaga elok elok..best kan kak ain...

sara imanina said...

salam kak ain,

alahai, cutenya cupcake tu. sara baru balik dari kampung ni.
( kata balik kl hari isnin, tapi hari rabu baru balik ).
hari isnin tu ingatkan nak balik kl dah, rupanya singgah bercuti di bukit merah dulu..hehe

jealousnya....nak juga cupcake tuh...

farah said...

salam kak ain...

1) Kak Ain, saya dah add friendster akak. kak ai approve la cepat2 ye.

2) mase kak ain nak tangkap gambar dengan sesiapa pun lah, memang kak ain tak pakai cermin mata tu ye? bile nak edit je baru kak ain letak cermin mata tu?sori lah kalau tekaan saya salah

3)Kak Ain..boleh tak kalau saya tempah awal2 buku Aku Mahu Bergaya atauu buku.. ape tah(yg bru tu)
saya akan msukkn duit dalam akaun scepat mungkin ya.

4)pesta buku POPULAR tu macam dekat PWTC tu ke?(maksud saya, kak ain ada kat situ jugak ke?)

aini said...

salam k.ain

a'ah la comey..
tapi cian akk..ade plak cop kat baju akk tu..
cop teddy bear plak tu..

lepas ni akk try la buat..
pas tu jual kat kiteorg..

fuh..gerenti x der sape yg beli..
hehehe..joke jew..
don't take heart ha..

Anonymous said...

cantik apa cop kat baju kak ain tu

Anonymous said...

Kak Ain
Riha pun ada satu cerita nak kongsi. Jumaat ni Riha gi shooting untuk rancangan Suatu Hari Nanti di TV9. Doakan Riha ye!

^Riha^

Aimi Nadhrah. said...

hahaha.. lawalah pulak cop bear tu. :PP

Anonymous said...

Salam kak Ain,
saya sedih sgt sebab x dpt dtg ke party kak Yayah tu!
Rumah saya jauh la!
Nan ti kak Ain dtg la pulak ke Jusco, Seremban 2 di Seremban Negeri Sembilan!
Kalau kak Ain dtg, mesti saya akn dtg!Kalau kak Ain nk dtg emailkan kat saya ye: ira_pg@yahoo.com
Comel sgt cup cake tu!
geram saya!

~Nur Nadzirah

ecah95 said...

saya setuju!
mmg cantik cop teddybear tu.
k.ain jgn bsuh baju tu :) ;)