18 April 2008

Ulasan Pembaca : Seorang Guru.

Assalamualaikum,

Kak Ain terbaca salah satu komen di bahagian ulasan buku. Terharu Kak Ain apabila ada pembaca yang bergelar ibu merangkap seorang guru yang membaca buku Kak Ain. Jadi Kak Ain ingin berkongsi ulasan Puan Ayu di sini bagi tatapan adik-adik.

Kak Ain merasa amat berbesar hati kerana seorang guru juga sudi membaca buku Kak Ain. Selama ini apabila Kak Ain menulis buku-buku remaja PTSOne, bahasanya Kak Ain kekalkan supaya mudah difahami adik-adik sasaran pembaca berumur 9 tahun hingga 17 tahun. Jalan cerita siri Aku Mahu juga tidak berat tetapi terselit pengajaran. Tak sangka pula ada golongan profesional yang membacanya! =D

Terima kasih daun keladi buat Puan Ayu,
Bacalah lagi siri Aku Mahu!

Berikut adalah ulasan Puan Ayu,

Saya adalah salah seorang pembaca anda yang paling tua agaknya kerana berstatus ibu, isteri dan guru. Komen salah seorang pengulas buku di dalam akhbar tempatan mengenai aku mahu popular telah membuatkan saya mencari buku tersebut di kedai buku dan juga telah menyebabkan anak saya tertangguh membeli kereta mainan Ferrari Shell V Power. Memang betul, saya seperti tidak dapat meletakkan buku tersebut kerana ia ada unsur ala-ala buku Sweet Dreams masa saya remaja 20 tahun yang lalu. Cuma ada unsur keislaman dan tazkirah yang diselit secara halus tetapi amat berkesan. Sekarang, saya sudah ada 2 buku ain dan berharap akan dapat membaca karya yang lain kerana dapat menyelami jiwa remaja yang kian kompleks tak seperti zaman saya dahulu. Tahniah dan terima kasih kerana memberi sesuatu untuk mengisi perpustakaan mini saya.



Untuk mendaftar sebagai Ahli Kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah sila klik di sini. >>AKU MAHU JADI AHLI<<


Jika anda ingin membuat ulasan buku sila klik di sini. >> AKU MAHU BUAT ULASAN <<


wasalam
AinMaisarah

5 comments:

Anonymous said...

salam k.ain

emm..nmpk nyer akk ni mmg popular giler!

congrate!

akk jgn lpe antar bk tu tau!!kalo bole nak cpt..nak msk peraduan.

Anonymous said...

Nana nak tanya sket, klu tak hantar gambar utk kelab teman tapi mesra boleh tak?

~Nana Hilana~

MIRA said...

Kak Ain,

Nanti bolehlah siarkan komen Mira pula..Bolehkan kak Ain?

AinMaisarah said...

Salam CIk Nana Hilana,

Kalau tak hantar gambar pun okay.

Kak Ain tak paksa.

wasalam
AinMaisarah

Anonymous said...

Terima kasih kak ain... Riha dah dapat novel comel tu...:)

RiHa