12 April 2008

Pemenang Peraduan AKU MAHU BULI

Assalamualaikum,

Kak Ain, Cik Abang dan pihak PTSOne, ingin mengumumkan pemenang UTAMA peraduan AKU MAHU BULI iaitu Nor Hazira Binti Hanapi daripada Subang Jaya, Selangor.[irahazira_93@yahoo.com]



Kak Ain mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada adik Nor Hazira yang telah memenangi hadiah utama iaitu set minyak wangi daripada Body Shop.

Kak Ain ingin mengumumkan satu kejutan. Cik Abang telah sepakat untuk memberikan hadiah naib juara, kerana ada satu surat yang amat kreatif hiasannya. Markah naib juara ini sememangnya amat hampir dengan juara.

Naib Juara dimenangi oleh Cik Adik Nur Amalina Farhana Binti Sharifuddin dari Temerloh Pahang. Kak Ain akan membeli sebotol minyak wangi khas daripada The Body Shop untuk adik Nur Amalina.

Dan 9 hadiah saguhati, iaitu sebotol minyak wangi comel setiap seorang telah dimenangi oleh :

- Nurul Izzah Bt Abd Malik dari Arau Perlis.
- Nureen Azian Bt Noor Hamzah dari Lahat Perak.
- Nornajwa Amira Bt Mohamad Muziram dari Kuala Lumpur.
- Syifa' Bt Zainal Arifin dari Kajang Selangor.
- Aifa Bt Rosli dari Merlimau Melaka.
- Farah Nabila Bt Abd Razak dari Rawang Selangor.
- Foo Kah Men dari Seremban Negeri Sembilan.
- Nor Fatin Fathiah Bt Mohd Amin dari Shah Alam Selangor.
- Nur Hanis Aqilah Bt Mohd Noh dari Ampang Selangor.

Kak Ain ingin menyatakan penghargaan kepada semua yang telah menyertai peraduan ini. Kepada yang tidak menang, Kak Ain harap cuba lagi. Ada lagi peraduan AKU MAHU TEMAN TAPI MESRA dan pelbagai peraduan yang menanti di dalam novel AinMaisarah pada masa akan datang.

Tahniah sekali lagi kepada semua pemenang. Kak Ain akan menghantar hadiah-hadiah melalui POS. InshaAllah minggu hadapan.

Wasalam
AinMaisarah

11 comments:

IZZ HAZWANI. said...

Mesti minyak wangi tu wangi sangat,kan?Jealous nya saya.Lain kali saya nak masuk perdauan kak ain lah..

MIRA said...

Minyak wangi tu mesti teramat wangi sangat..hehe//

Anonymous said...

emm..nape diriku x kecewa?

sayalah! said...

AL-HAMDULILLAH! Terima kasih Kak Ain, dan juri-juri yang diiktiraf mahupun tidak. Seronok betul Hazira bila tengok keputusannya walaupun pukul 6 baru dapat tau. pagi tadi sibuk dengan aktiviti koko pulak. tengah hari tak balik rumah.. memang terlupa langsung la pasal keputusan pemenang tu harini. Terima kasih sekali lagi! (;

Kepada yang turut menang, tahniah! Ingat, idea2 tulisan kita tu takkan datang tanpa keizinan-Nya.
Yang tak berjaya pulak, tak apa. Kak Ain dah berazam nak buat 10 siri novel Aku Mahu.. Pasti lebih banyak lagi peraduan di samping hadiah-hadiah yang lebih 'The Bomb'! ngee ;]
Kepada Kak Ain pula, teruskan menulis! Kami sentiasa dahagakan cerita 'Aku Mahu'! ;D

p/s: Harap Mimi Monira tak marah dengan ayat-ayat berasap dalam surat saya. hehe :P

MIRA said...

Kak Hazira,

Pandai kak Hazira mengarang surat tu ye.Mungkin kak Hazira lebih berpengalaman dalam bidang penulisan..Hehhe..Harap2 begitulah nampaknya jgn sampai Mimi Monira marah pulek..Congrats tu all the winners!!

farah~amira said...

salam kak ain...
betapa kecewanya farah apabila nama tidak disenaraikan sebagai pemenang maafkan kami mimi monira.....

-hanis ushy- said...

Kak Hazira,

tahniah buat kak Hazira.Hanis sendiri terkezut bila membaca surat 2.Ayatnya sangat kreatif dan gaya bahasa yg menarik!Padanlah Kak Hazira menang.Tahniah!

Anonymous said...

tahniah kepada kak hazira...
kreatif sunnguh surat akak...
walaupun sara tak menang..sara takdelah sampai kecewa...
sebab ini kali pertama sertai peraduan..
sebelum kalau ada masuk pun, peraduan anjuran sekolah...
so dikira macam...tak berpengalaman jugalah(hehe)
(sara cakap betul...bukan sebagai penyedap hati tau)

salam ,
~Sara Imanina 2008 ~

sayalah! said...

Salam..

Najwa Amira,
Terima kasih. Saya tak adalah berpengalaman mana pun. Setakat besar sebutir nasi je kalau ada pun. Kalau nak dibandingkan dengan kehebatan Kak Ain, lagilah halus. Apapun, syukurlah Allah bagi peluang. Hari lain, rezeki orang lain pulak :)
Tahniah juga kepada Najwa! ;D

Farah Amira,
Awak janganlah sedih. Cuba lagi dalam pertandingan lain. Peraduan AMTTM tu pun ada sampai 6 bantal yang masih belum ada pemiliknya.. Jangan lepaskan peluang tu! ok? (;

Hanis Ushy,
Terima kasih juga! Allah yang pinjamkan idea tu dekat saya. Kalau tak, tak taulah dekat mana nak gali korek semua tu.. [:

Sara Imanina,
Macam tulah. Lain kali kalau orang lain menang, Hazira pulak yang kena terima keputusannya. (; Jangan berhenti mencuba. Lain hari, adalah rezeki tu. Saya dapat perfume Body Shop, mana tau Sara dapat bantal gebu merah hati pulak? Amiiin.. :]

MIRA said...

Kak Hazira ada x Yahoo Messenger??Kalau kak Hazira ada,add saya di amira_coolstar@yahoo.com.my

ann said...

Salam...

Kepada semua pemenang, diucapkan tahniah.

Kepada semua peminat Ain Maisarah, masih ada peraduan yang masih boleh disertai. Dapatkan buku Aku Mahu Teman Tapi Mesra. Ada hadiah menarik menanti anda! Selamat Mencuba!

Kak Ann
Editor Kanan PTS One