14 April 2008

Mengapa AinMaisarah bercermin mata PRADA di Rumah Pink?

Assalamualaikum,

Memandangkan ramai pengunjung-pengunjung baru di Rumah PINK AinMaisarah selepas Pesta Buku PWTC 2008, Kak Ain akan menerangkan sekali lagi mengapa Kak Ain memakai cermin mata PRADA di Rumah Pink ini dan tidak di luar ketika bertemu di Pesta Buku.

Ia adalah identiti Kak Ain bagi menimbulkan elemen misteri. Walaupun ada yang dah tengok muka sebenar Kak Ain tanpa cermin mata [Sebenarnya ia adalah idea Cik Abang, manager Kak Ain tu, heheheh]

Dulu lagi teruk, kerana Kak Ain kena pakai topeng macam Zorro. Nasib baik dah di-upgrade menjadi cermin mata PRADA, barulah nampak stylo sikit, ye tak?


Selepas berjumpa dengan ramai pembaca buku, Kak Ain jadi takut pula. Takut terlupa nama dan muka adik-adik semua. Jadi Kak Ain ingin membuka entri yang memaparkan nama dan gambar adik-adik sekalian. Oleh itu silalah hantarkan gambar terbaik adik-adik kepada Kak Ain melalui e-mel maisarah_ain@yahoo.com

Semua ahli kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah dimestikan menghantar gambar bagi proses menyimpan rekod keahlian.

Wasalam
AinMaisarah

17 comments:

cutegirl_balqis said...

OK KAK AIN...BALQIS HANTAR GAMBAR BALQIS CANTIK PUNYA UNTUK KAK AIN...HANYA GAMBAR SAHAJA ??? TAKDE MAKLUMAT LAIN LAGI YANG KAK AIN PERLUKAN ???

cutegirl_balqis said...

kak ain...balqis dah hantar gambar tu kat kak ain....nanty kak ain pilih laa mana yang nampak cantik dan elok di mata kak ain.....check e-mail kak ain tau...thanx kak ain....

hayati said...

salam kak ain,

saya da masukkan duit kat dalam account..
da sms kat kak ain, takut kak ain tak perasan..
-aku mahu saiz S
-aku mahu popular
-aku mahu teman tapi mesra
-impiana II
-tak bisa memilihmu

terima kasih kak ain,
salam ikhlas,
Nurhayati Nadhirah

ainmaisarah said...

Salam Balqis,

Kak Ain sudah menerima gambar Balqis. Chumel sangat! :D Tapi Kak Ain nak tanya, kalau-kalau Balqis ada gambar yang posing dari depan dan nampak seluruh muka. 3-3 gambar Balqis dari sisi tepi. Kalau ada hantarkan pada Kak Ain ye.

Pada Hayati,
Kak Ain sudahpun membalas SMS. Hayati bila nak hantarkan gambar pada Kak Ain?

Adik-adik yang lain, sila-sila hantarkan gambar digital anda ke e-mel maisarah_ain@yahoo.com

Wassalam,
AinMaisarah

najwaamira said...

Kak Ain,

Saya dah hantar gambar.

Anonymous said...

kak ain,sye slalu bertandang kat sini tapi x der pown yang macam najwa amira tu.....(glitter name)

sedih...
Najwa Izzati

Anonymous said...

saya Natalia....jumpe akak di pesta buku hari Ahad....Ingat lg tak??? Thanks sbb akak sudi layan saya. Terharu hu hu hu! Mama saya pun suke akak sbb layan kiteorg baik-baik jee even ramai beratur nak sign akak.

mule2 saya ingat malas nak beratur. PANJANG BARISAN!...tapi pikir2 bile pulak saya boleh jumpa lagi dgn akak...last-last dapat jugak bual dgn akak walau sekejap je.

hari ahad tu saya beli teman tapi mesra....citer tu sweet.....akak buatlah citer mcm tu lagi.

akak mesti balas komen saya wlupun akak sibuk sgt.

:-(
yang menunggu,
nurul natalia
@ NN
(saya pakai tudung putih dan bercermin mata...umur 14thn)

Anonymous said...

ooooo...lupe!

nanti saya antar gambar.
lalu email tau kak ain.
akak cek email tau.

yang benar,
nurul natalia @ NN

sara imanina said...

salam ka ain,

INSYA-ALLAH , nanti Sara hantar gambar ye... gambar haritu..dia main hide and seek..hehe gambar-gambar sara ada sara simpan dalam laptop.. soo tak dapat nak bagi sekarang..
anyway...sara tak janji nak bagi gambar tau...INSYA-ALAH..

salam ceia,
~ Sara Imanina 2008 ~

aini said...

salam k.ain

i-allah kte antar.
b4 that kte kne la tgkp gmbr yg cun pnyer.hehehe..

lg satu..tadi kite dh pos wang pos.
kat wang pos tu..kte x tls pa per pun coz x sempat.

so akk tls kan yer..
NAMA:NORQURRATUAINI MOHD NOR

ALAMAT:15,JLN TERATAI 7,TMN SRI TERATAI,44000 KUALA KUBU BHARU.

ok..sori ek..

Anonymous said...

kak ain trima x gi gmbr sy melalui
email?-salsabila

Anonymous said...

kak ain... nnti sye antar gmbar yg cun2 belaka.... k!! tp cm ner klu kita dh jady fan club nie.. hah??
tlong explain sat kak ain..

mununggu jawapan
lyana dhyrah

sara imanina said...

salam kak ain,

sara dah hantar gambar sara semalam...
pilihlah yang mana berkenan di hati...hihi

salam ceria,
~ Sara Imanina 2008 ~

Syafiqah said...

salam..

kak ain,saya dah antar gambar saya...kak ain,pilihlah yang mana kak ain suka..

::fatin:: said...

nanti fatin hantar gmbar fatin ye kak ain..
kak ain dpt tak gmbar yg fatin kirim melalui email hari tu???

ainmaisarah said...

Salam semua,

Kak Ain senaraikan nama adik-adik yang sudahpun dengan baik hati menghantar gambar kepada Kak Ain:

1) Balqis
2) Najwa Amira
3) Sara Imanina

Mana janji-janji manismu, wahai adik-adik yang lain?

Wassalam,
AinMaisarah
p/s: Cik Adik Syafiqah, boleh beritahu alamat e-mel pada Kak Ain. Ada tiga Syafiqah yang tersenarai dalam e-mel. Kak Ain perlu kepastian ini Syafiqah yang mana satu.

ainmaisarah said...

Opps!

Maaf Kak Ain tertinggal satu nama.

4) Fatin.

Sudah menunaikan janjinya. Adik-adik yang lain, sila jalankan tanggungjawab anda sebagai ahli kelab Teman Tapi Mesra AinMaisarah. Bila Kak Ain kenal muka, jadi lebih senanglah Kak Ain nak ingat info tentang orangnya.

Wassalam,
AinMaisarah