13 April 2008

Berakhirnya Pesta Buku 2008

Assalamualaikum semua,

Hari ini tepat pukul 9.00 malam, maka secara rasminya berakhirlah Pesta Buku Antarabangsa 2008. Pesta Buku kali ini Kak Ain bertemu dengan segenap pembaca. Ada yang datang dari Perak, Pahang dan Negeri Sembilan.

Terima kasih kerana sudi bersusah payah datang dari jauh dan bertemu Kak Ain. Namun ada juga yang tidak dapat berjumpa. InsyaAllah kita bertemu di Pesta Buku tahun hadapan.

Kak Ain ingin berkongsi beberapa gambar sepanjang hari ini. Sesiapa yang ada bergambar dengan Kak in, silalah e-melkan gambar tersebut. Kak Ain akan cuba siarkan.






Ada beberapa gambar lagi. Cik Abang tengah edit, nanti dia tolong uploadkan.

Wasalam
AinMaisarah

6 comments:

Anonymous said...

salam kak ain,
sara tak boleh nak emelkan gambar kepada kak ain,
wayar kamera ada masalah. :-(
takpelah...ada hikmahnya...

salam ,
~ Sara Imanina 2008 ~

Anonymous said...

kak ain bestlah semalam dpt jumpa kak ain.

cantiknya muka kak ain kalah muka anis semalam tu bukan gambar anis dah solek kalau anis bersolek lagi cantik tau.........

suara kak ain lembutlah ala-ala siti nurhaliza...

yelah macam orgnya sopan santun,lemah-lembut
,bertatasusila,cantik,menawan semua jejaka di malaysia sape lagi kak ain lah........(hehehe)jgn marah

kak ain samelah ngan anis sebab kak ain ade tahi lalat kat muka anis pon same...........

oklah kak ain apepon keputusan kak ain anis tetap sokong dan setiap usaha kak ain,kak ain pasti berjaya.

lagi satu anis lupalah nak ucap terima kasih dekat kak ain sebab masukan nama anis dlm kelab teman tapi mesra ainmaisarah
sayang kak ain muah>>>>>>>>>>>>>


Salam Ceria,
anis syairah
(spies-girls)

najwaamira said...

Kak Ain,

Sorry sebab mungkin saya email gamabr pesta buku lewat sikit.Sebab papa saya belum beli lagi wayar kamera tu...Smlam x bleh jumpa kak Ain.Tapi xpe kan dah jumpa..hehe

aini said...

salam k.ain

emm..ingt nak dtg lagi
tapi mak x bg pegi lagi la..

2 org kawan kte kempunan nak jmpe akk n beli bk pts..

sorang tu dh pegi pwtc tp dia x tau kat mane booth pts.cian dia coz dia nak beli bk..

sorang lagi dh plan nak g.
tapi ttba mak dia x bg plak coz mak,ayh n abg dia g kl.so kalo dia n akk dia g,sape nak jaga adik dia..dia ni la yg kte plan nak g ngan dia..but my mum x bg

ssh sgt nak pecaye kat org.geram btol!!grrr...

emm..itu la dia ragam 2 org kwn kte.

imah said...

mesti kak ain lenguh tgn kn???
asyik2 kne otograf...
kesian kat kak ain...
hehehehe...



IMAH

ainmaisarah said...

Salam Sara,

Tak apalah. Kak Ain ingat lagi muka Sara. Kecik comel saja orangnya. Nanti bila-bila ada kesempatan, hantarlah gambar kenang-kenangan tu.

Pada Anis,
Kak Ain ada gambar Anis tapi tak berapa jelas. Bergetar sebab ramai sangat orang di sekeliling. Alhamdulillah jumpa juga kita. Tak sangka Kak Ain, Cik Adik Anis ini kecil sahaja orangnya. Kak Ain harap Pesta Buku 2009 nanti Anis sudi datang lagi bersama ibu.

Najwa Amira,
Kak Ain minta maaf sangat-sangat. Waktu Mira datang kali ke-2, Kak Ain baru sahaja ke The Mall. Makan tengahari dan solat Zohor. Selamatlah sebelum tu dah berjumpa kan...kan...kan.

Aini,
Janganlah geram-geram. Pesta Buku tu ramai sangat orang. Kak Ain pun jadi risau kalau ada yang datang tanpa iringan ibubapa. Tahun depan Aini boleh datang lagi.

Imah,
Setakat ini Kak Ain tidak mengalami sebarang kekejangan otot akibat menandatangan buku-buku yang dibeli pembaca. Cuma Kak Ain terkilan bila tak dapat berbual lama-lama dengan pembaca. Ada kesempatan lain... kita borak panjang-panjang okey!

Wassalam,
AinMaisarah