18 April 2008

Aku Mahu Balas E-Mel

Salam semua,

Semalam Kak Ain tidur jam 4 pagi kerana membaca dan membalas e-mel adik semua. Ada juga adik-adik yang dah merajuk kerana Kak Ain lambat membalas e-mel. Janganlah macam tu, Kak Ain sedang sibuk menulis buku seterusnya. Nak baca buku Kak Ain yang terbaru kan?

Kak Ain ingin meminta maaf sekiranya terlewat membalas e-mel ataupun tidak membalas e-mel. Kak Ain akan cuba membalas e-mel yang penting-penting sahaja okay. Sekarang ni ada lebih kurang 80-100 e-mel yang masuk ke dalam inbox Kak Ain setiap hari. Boleh juling mata Kak Ain macam ni.

Teruskan e-mel Kak Ain di maisarah_ain@yahoo.com, kongsilah cerita-cerita menarik yang berlaku di sekolah atau di rumah. Sekiranya menarik, Kak Ain akan masukkan cerita tersebut ke dalam buku-buku yang bakal diterbitkan.

Wasalam
AinMaisarah

12 comments:

BalqisBasri (^^,)v said...

kesiannya kak ain...tapi kak ain kena erbangga tau sebab tu lumrah orang yang popular...hehehehehe...apa-apa pun...saya akan tetap menyokong kak ain....insyaallah...kalau ada apa-apa yang berlaku kat sekolah balqis....balqis akan ceritakan kat kak ain....

Anonymous said...

kami faham keadaan kak ain sekarang..
memang sibuk..
tak sabar rasanya nak baca buku baru kak ain..
Aku Mahu Bergaya!

Anonymous said...

salam,

kesiannya kak ain kita ni...
Insya-Allah, kalau ada cerita menarik yang berlaku, sara emelkan kepada kak ain yer...
ambil masa buat buku...supaya karya kak ain berkualiti !!!

salam ceria,
~ Sara Imanina 2008 ~

Anonymous said...

fatin setuju dengan sara!!!

sayalah! said...

Kak Ain, saya setuju dengan cadangan seorang peminat siri "Aku Mahu".. Cik adik kita tu ada cadangkan untuk tukarkan tajuk Aku Mahu Bergaya kepada Aku Mahu Melaram. Harap Kak Ain pertimbangkan. Kalau tak tukar kepada melaram pun tak apa asalkan tukar 'bergaya' tu kepada perkataan yang lain. Aku Mahu Bergaya tak menarik la.. Minta maaf, saya cuma beri pandangan dan pendapat. :l

Anonymous said...

salam k.ain

emm..bz ek?ptt la..tp yg penting akk bkk emel kte.

ade psl wang pos tu.kang akk x bole kuarkan duit.

MIRA said...

InsyaAllah Mira akn hantar cerita Mira kat sekolah.Anyway,take ur time to reply my email!!Pastikan kak Ain tulis buku yg the best!!

nurul hidayah roslan said...

salam kk ain,

Insyaallah dayah akan berkongsi cerita dayanh kepada kk ain okie..:)
dayah akan emelkan kedape kk ain....




wasalam,

~dayah~

AinMaisarah said...

Salam Balqis,
Kak Ain hanya harapkan siri Aku Mahu mendapat tempat di hati pembaca remaja. Balqis tolonglah war-warkan cerita tentang novel Kak Ain pada kawan-kawan di sekolah ya. Nanti Pesta Buku 2009 Kak Ain belanja gula-gula :D

Fatin,
Sudah seminggu Kak Ain tidak menulis. Kak Ain demam selsema dan sibuk mengurus penghantaran hadiah para pemenang Aku Mahu Buli. Kak Ain pun harapkan buku Aku Mahu Bergaya dapat disiapkan secepat mungkin.

Sara,
Kak Ain sudah baca cerita Sara. Siap ada dialog lagi! Tersenyum Kak Ain dibuatnya. Tapi buat masa ini Kak Ain masih belum sempat membalas e-mel itu. Tunggu ya!

Hazira,
Kak Ain perlu tanya editor PTS, samada boleh tukar tajuk Aku Mahu Bergaya kepada Aku Mahu Melaram. Pemilihan sesebuah tajuk buku mesti ada nilai komersial dan perkataan itu mesti tersenarai dalam kamus. (mmmh...Kak Ain nak buka kamus dan periksa maksud perkataan 'melaram')

Aini,
Wang pos sudah ditunaikan :D Kak Ain sudah beli gelang baru dengan duit itu. Heheh...Kak Ain sudah pos buku Aini. Harapnya sampai hari ini. Selamat membaca!

Mira,
Kak Ain sudah baca e-mel yang Mira hantar. Siap lengkap bergambar! Tak perlu lagi Kak Ain bayangkan orang yang diceritakan ;-D

Dayah,
Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita dan menghantar gambar. Kak Ain sangat menghargainya!

Wassalam,
AinMaisarah

Anonymous said...

kak ain..
fatin dah email kat kak ain satu peristiwa yg menyedihkan dlm hidup fatin..
kak ain da baca ke?

minho lysa said...

hai kak ain. sy ni peminat akk NO.1!!!!!!! sy hrap akk dpt keluar kan buku dgn secepat mungkin.erm sy nak tanya ap email akk ya??sori la sy kene ketinggalan zaman>_<.oh ya klu blh akk dtag lah skola sy iaitu S.K Bandar Anggerik sek.7 Shah Alam.
sy ni sllu b'angan yg sy jumpa kak ain kat skola.semenjak sk bc buku semua yg akk wat....t'ingin pulak nakjadi penulis atau penulis komik.nti klu dtg kat skola dpt la amik gambar kak ain.smpi sejuta pun sy amik gmbr kak ain.hehehehehe

Anonymous said...

Kak Ain , Aifaa suka baca semua buku Kak Ain . Setakat ni,dah 20 lebih buku kak Ain yang saya kumpul .