21 October 2007

AKU MAHU SUPRISE!

Assalamualaikum Semua!!

Hari ini barulah Kak Ain sempat nak mencuri masa menulis. Ramai betul yang datang ke rumah beraya. Letih Kak Ain memasak, memasak dan memasak.

Nampaknya ramai yang dah mula pulang dari kampung dan terus menjenguk Rumah Pink Kak Ain ni. Selamat datang ke rumah terbuka Kak Ain sempena hari raya ni ye.

AKU MAHU SUPRISE! itu mungkin judul buku Kak Ain.. semua orang sukakan kejutan yang menggembirakan. Perasaan teruja dan mendebarkan memang best! Apa kejutan yang Kak Ain terima selepas pulang dari berhari raya? Jeng Jeng Jeng.

Kak Ain mula bekerja pada hari Jumaat, sampai sahaja ke meja, ada 2-3 surat atas meja tetapi ada satu bungkusan tu BESAR sangat. Kak Ain tak berani buka di pejabat, jadi Kak Ain bawa pulang ke rumah.

Wah, rupa-rupanya surat tersebut daripada adik Hanis Aqilah untuk peraduan Aku Mahu Saiz S. Memang terkejutlah Kak Ain. Tak sangka ye kreatif sungguh adik Hanis kita ni.

Kak Ain hanya harapkan gambar posing yang cun dengan buku Aku Mahu Saiz S bagi menyertai pertandingan yang Kak Ain anjurkan, tapi adik Hanis buat lebih dari itu. Cantik betul kad dari Hanis ni. Nak tengok tak?


Kak Ain nak ramai lagi cuba sertai pertandingan ini. Inilah cara Kak Ain nak berkenalan dengan adik-adik semua. Tidaklah Kak Ain hanya mengenali nama sahaja. Oleh kerana itu, Kak Ain mahu lanjutkan lagi tempoh peraduan. PERADUAN BERGAMBAR KREATIF BERSAMA BUKU AKU MAHU SAIZ S hanya akan tamat pada 10.11.2007.

Jadi ada masa lagi. CEPAT-CEPAT-CEPAT adik-adik semua! Ambil gambar bersama buku AKU MAHU SAIZ S dan boleh dihantar melalui 2 cara:

a) email kepada:
maisarah_ain@yahoo.com

b) pos kepada:
AinMaisarah,
Metadome Sdn. Bhd.
Suite 3B-18-6,
Level 18,
Plaza Sentral, KL Sentral,
50470, KL


Kak Ain menunggu gambar adik-adik!

Salam Sayang,
AinMaisarah.

2 comments:

ANNE a.k.a. BOTOX said...

Alhamdullilah.....
Sebab tarikh tamat tuh 10.11.2007 .Sempatlah nak membelinya...


From:
Nur Iman*^_^*

~{-iLa-}~ said...

WAH WAH WAH KAK AIN...
BANYAK NYE BARANG KEMAS...
CAM MAMI JARUM JER...
HEHEHE