23 July 2007

15 OGOS 2007

Assalamualaikum adik-adik comel semua,

Minggu lepas setelah ke pejabat PTS sendiri, Kak Ain diberitahu ada masalah teknikal bahagian percetakan yang menyebabkan buku AKU MAHU SAIZ S tidak dapat keluar pada tarikh yang ditetapkan sepatutnya iaitu 20 Julai 2007. Ia akan hanya berada di rak buku kedai-kedai pada tarikh 15 0gos 2007.



Sedih sangat sebenarnya sebab Kak Ain pun tak sabar-sabar nak tengok buku kedua ni.Tapi tak apalah, mungkin ada hikmah disebalik setiap kejadian. Mungkin buku kedua AKU MAHU SAIZ S nak keluar dekat-dekat dengan adiknya yang ketiga...iaitu buku IMPIANA keluaran PTSSyok, yang InsyaAllah akan berada di pasaran bulan September.

IMPIANA dahulu Kak Ain nak berikan nama AKU MAHU BALAS DENDAM, tapi pihak penerbitan PTS tak setuju...kerana tak mahu dibayangi buku-buku AKU MAHU THE SERIES keluaran PTSOne. IMPIANA lebih tebal (harga pun mahal sikit ye) dan kali ini Kak Ain cuba sesuatu yang baru...

IMPIANA ini kisah misteri tau! IMPIANA juga sebenarnya kisah 10 tahun akan datang...apa yang akan terjadi kepada karektor-kerektor kisah AKU MAHU seperti The Wannababes, Farah, Fahrin, Tengku Affin dan lain-lain. Kiranya IMPIANA akan mengungkai kisah hidup pelajar-pelajar Sekolah Menengah Sri Bangsar, 10 tahun akan datang.

Haa..best tak agak-agaknya? Kak Ain harap adik-adik akan suka juga buku IMPIANA ni walaupun cara Kak Ain menulis agak berbeza...Apa-apapun, kita nantikanlah bulan Ogos dan September ni, moga-moga buku kedua dan ketiga Kak Ain akan mampu membuatkan adik-adik seronok membaca!

Kepada yang akan hadapi peperiksaan, jangan lupa baca buku pelajaran juga ya! Jaga diri, jangan nakal-nakal..LOVE YOU ALL!

Wassalam,
AinMaisarah

2 comments:

nur alya said...

kak Ain, buat pengetahuan Kak Ain, buku AinMaisarah yang bertajuk 'Impiana' terpaksa saya baca sedikit demi sedikit agar tidak cepat habis... sekaran ni pun saya baca sedikit demi sedikit tetapi sudah sampai separuh buku... saya kadang-kadang tidak puas hati, Kak Ain buat lah buku yang lebih tebal sedikit... boleh? :) hehe

nur alya said...

kak Ain, buat pengetahuan Kak Ain, buku AinMaisarah yang bertajuk 'Impiana' terpaksa saya baca sedikit demi sedikit agar tidak cepat habis... sekaran ni pun saya baca sedikit demi sedikit tetapi sudah sampai separuh buku... saya kadang-kadang tidak puas hati, Kak Ain buat lah buku yang lebih tebal sedikit... boleh? :) hehe