22 March 2007

SEJARAH JENAMA BENETTON

Kak Ain masih ingat lagi memori ketika berada di tingkatan dua. Itu kali pertama Kak Ain mengenali jenama Benetton. Bolehlah dikatakan Kak Ain terkejut beruk bila mengetahui harga beg sekolah yang diperagakan rakan sekelas adalah sekitar RM300!

Rekaannya? Beg sandang berwarna hitam. Tiada warna lain yang diselitkan. Hanya hitam semata-mata. Pure black! Sehinggakan label jenama yang terukir tulisan “United Colors of Benetton” juga ditulis dalam warna hitam. Kalau tidak dibelek dekat-dekat, pasti tidak nampak langsung label jenama tersebut!

Apa keunikan Benetton sehingga menjadi jenama buruan remaja? Apa pula perbezaannya berbanding jenama lain?

Mengikut sejarah, pengasas Benetton iaitu Luciano Benetton yang ketika itu bekerja sebagai jurujual berpendapat bahawa manusia memerlukan lebih banyak warna dalam pemakaian seharian. Beliau yang berusia 20 tahun telah menjual basikal adiknya untuk membeli sebuah mesin kait terpakai.

Luciano kemudian menghasilkan koleksi rekaan baju sejuk pelbagai warna yang dikait menggunakan mesin terpakai itu. Sambutannya? Amat menggalakkan sehingga Luciano mengajak 3 lagi adiknya iaitu Guiliana Benetton, Gilberto Benetton dan Carlo Benetton turut serta untuk mengembangkan lagi perniagaan pakaian tersebut.

Jika LV mengambil Uma Thurman sebagai jurucakap manakala GUESS mengambil Paris Hilton, pendekatan Benetton nyata berbeza. Bagi tujuan komersial dan pemasaran, Benetton lebih senang menampilkan individu sebenar dan bukannya barisan selebriti ternama. Oleh kerana konsep Benetton adalah kepelbagaian warna untuk semua jenis manusia, syarikat ini kerapkali melaungkan kesedaran tentang kesepaduan kaum dan bangsa.

"Nothing more is more like a fashion photograph than another fashion photograph. You show some lovely looking models and that's it. With Benetton, we started out with the notion of color. By definition, Benetton means colors. So, to convey this idea of colors, we showed a group, made up of people with different colored skin. It was fantastic, so exhilarating to show the products in such a new and simple way."

Kebanyakan iklan Benetton menampilkan dua watak berbeza, bangsa Inggeris berkulit putih dan bangsa Afrika berkulit gelap. Sehingga kini Benetton begitu lantang mempertahankan konsep yang dibawanya iaitu perpaduan kaum dan menolak sekeras-kerasnya penindasan kaum.

Setelah mengetahui latarbelakang syarikat Benetton, Kak Ain terus terpikat dengan keunikan konsepnya. Terus sahaja Kak Ain menjenguk-jenguk butik Benetton. Ternyata benarlah konsep yang dibawakan mereka. Tas tangan unik menggunakan tema warna-warna pelangi, baju-baju rekaannya kelihatan begitu ceria, sehinggakan koleksi stokin juga teramat comel dan adorable! Teramatlah menariknya!

Terima kasih Maisyah kerana memperkenalkan kepada keunikan jenama Benetton!

Salam Sayang,
AinMaisarah

2 comments:

Anonymous said...

sama-sama ain =)

Anonymous said...

Hai Kak Ain,bole Lina tanya,sape tu Maisyah?Kawan lama?Kawan baru?Adik Kak Ain?





-Adlina Hanisah-