14 December 2006

Rupa sebenar hadiah minyak wangi Incanto


Ramai pula yang menghantar e-mel dan bertanya, macam manalah agaknya rupa sebenar bentuk minyak wangi Incanto tu....


Ini dia... rupa azali sejak ia mula dilancarkan dan dijual pada umum (Jan 2006)

Ada 10 buah minyak wangi bersaiz miniature 5ml untuk dimenangi oleh para pembaca yang rajin nak cuba-cuba nasib masuk kuiz Aku Mahu Popular.


Baunya memang wangi (maklumlah, namanya pun minyak wangi) Incanto keluaran salvatore ferragamo ini juga adalah wangian yang dipakai oleh model terkenal Tyra Banks! Hah... kalau nak jadi seglamor Tyra Banks.....cepat-cepatlah hantar penyertaan! Tarikh luput kuiz adalah pada 02.02.2007.

Selamat mencuba!

Salam Sayang,
AinMaisarah

3 comments:

MissTerganu said...

Hi Kak Ain Maisarah, saya mmg suka penulisan akak, ceritanya amat fresh. Sekarang ni masih sempat ke saya nak masuk pertandingan tersebut?

ainmaisarah said...

Adik missterganu,

TQ for such a sweet comment! Masih teramat sempat untuk adik sertai kuiz ni sebab tarikh luput kuiz adalah pada 2.2.2007. Ada 2 bulan lagi kan?

Jadi sekarang ni adik perlu jawab soalan-soalan itu dan hantar jawapannya melalui email kepada maisarah_ain@yahoo.com

Manalah tahu, kalau ada rezeki adik...boleh jadi sewangi Tyra Banks!

Good luck dear!

Anonymous said...

Akak.. sye pun ade gak minyak wangi nie... Ayah sye yg blikan mse birthday sye tahun lpas... Ayah sye beli perfume ni ngan escada moon sparkle..