13 July 2008

AinMaisarah & Make Over Maybelline

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Sekali lagi Kak Ain berkongsi cerita tentang aktiviti hujung minggu. Cerita ini masih berlokasi di Mid Valley. Kali ini tentang pembelian barangan solek di kaunter Maybelline.

Kebetulan jenama Maybelline sedang menjalankan promosi di ruang legar Ground Floor Mid Valley. Setiap pelanggan yang membeli barangan Maybelline berharga RM100 ke atas akan mendapat sesi make over secara percuma.

Cik Abang suruh Kak Ain beli bedak yang sememangnya sudah tinggal suku. Mula-mula Kak Ain malu-malu. Maklumlah, pelanggan akan disolek di tengah-tengah orang ramai. Selepas disolek, disuruh pula bergaya mengikut arahan jurukamera profesional yang bertugas.

Fikir punya fikir, akhirnya Kak Ain turutkan juga kata Cik Abang. Betul juga. Memang peluang make over begini datang hanya sekali-sekala... ketika waktu promosi sahaja. Lagipun di kaunter Chanel KLCC, pelanggan mesti beli barangan berharga RM300 ke atas, baru dapat make over percuma.


Akhirnya Kak Ain ambil tiga bedak sekaligus, stok bagi tiga bulan penggunaan. Setelah buat pembayaran, Kak Ain disuruh duduk dan mula disolek. Selepas itu diarah ke set penggambaran pula. Kak Ain memilih jaket hitam kerana tudung Kak Ain pun senada warnanya.

Ketika itu jurukamera menyuruh Kak Ain tersenyum seorang diri dan posing sana posing sini. Memang Kak Ain kaku macam batu belah batu bertangkup! Susah betul nak bergaya apabila aksi kita dilihat oleh pengunjung lain yang ada.


Di bawah ini adalah video yang sempat dirakamkan oleh Cik Abang.





Akhirnya setelah selesai sesi penggambaran, Kak Ain disuruh memilih gambar pula. Kak Ain memilih gambar di bawah sebagai kenang-kenangan.


Kepada sesiapa yang nak cuba make over Maybelline, bolehlah datang ke Mid Valley. Pergi sahaja ke ruang legar tengah di bahagianGround Floor. Boleh beli produk Maybelline. Boleh bergambar setaraf penggambaran studio secara percuma. Dapat gambar kenang-kenangan pula. Memang berbaloi!

Salam Sayang,
AinMaisarah

27 comments:

ღ♥ GuRLz WoRld ღ♥ said...

hehe k ain .
video tu pon alya dh tengok awal2 lg time k ain baru masokkn dlm .. 4/5 minit la..
hehe.. :)

salam,
alyathewonders

seasonywonders.blogspot.com
melawatlah ke blog alya kalau k ain ada masa .. and alya tengok k ain cam tak sebok je hari ini .. asyik masukkan entri :P

Alya said...

gambar dia clear betul kan kak ain ..

Alya said...

sorry yg alya the wonders komentar no 1 tu alya terpakai akaun classmates alya .. hehe.. sorry and jgn confuse tau!

Green Apple said...

hy...
saya green apple..
saya tengok..
cantik akak ain..
boleh jadi model tau...
k la..
bubye..

Aimi Nadhrah. said...

salam kak ain.
waaa.. melaram nampak. hehe
nampak gaya lepas nie kak ain boleh jadi part-time model lah.
:DD

Anonymous said...

K.Ain,
saya sokong green apple,
k.ain comel sangat!
manis je bile senyum tuu...hihi...selamat k.ain dah kawin, klu tak blh saya kenalkan pd abg saya ;p ;p

saya respek k.ain, pakai tudung tapi masih blh bergaya.. saya mmg suka buku-buku k.ain dan saya baca citer k.ain di rumah pink ni... i'm ur totally loyal fan!

saya ada bg e-mel kat k.ain...bls tau...saya tunggu sgt2!

yg tertunggu,
misz qiqin

Fazlin Ibrahim said...

askum kak ain...

kak ain niey cute sangat...
geram nak cubit pipi-pipi 2...
kulit kak ain pon cantik..
licin n nampak lembut...

kak ain..
buanglah spek prada 2...
nk tengok muka kak ain yg sebenarnya...
pasti lebih cantik....

kak ain..
jemputlah pergi kat blog fazlin n komen tentang cerpen bab 3 yg baru siap...
komen kat Jom Borak..
pergi tau.
tinggalkan jejak kak ain..

yang menunngu..
...Fazlin...

hanis aqilah said...

Salam Kak Ain ,

Wah ! Berkali-kali Hanis tengok video tu. Haha , lawa lah Kak Ain selepas disolek !

Memang berbaloi.Minggu lepas, Hanis ada pergi tapi bukan Maybelline tapi , Samsung !

Kalau pergi lain kali , Hanis nak cubalah . Hehe , ntahntah kaku macam kayu. :p

Anonymous said...

Salam Kak ain,

Saya rasa Kak Ain bukan comel yapi Kak nampak cantik 'n' gorgeous.Kalau tak pakai spek prada tu lagi cantik.

Zafirah

MIRA said...

Salam,

Cantik gak kak Ain kitakan?Hehe..Saya adalah ambil gambar masa tu promotion Estee Lauder.Make up tebal la masa tu.

Malu2 pun ada masa nak bergambar mcm model pula!

Anonymous said...

salam kkAinMaisarah.....

ermmm tebal nyerr make up...hahaha...cian fara...fara x cam kkAinMaisarah....bukan sbb x mampu..mampu mmg laa mampu..mmpu sangat..tp..kulit fara x ley kene make up.. alergic laa katakan huahua... x pe laa..asalkan kkAinMaisarah bahgia...huhu....

wasalam...
yg jelous,
FarAsyiqin aka Macho

Anonymous said...

salam kkAinMaisarah.....

ermmm tebal nyerr make up...hahaha...cian fara...fara x cam kkAinMaisarah....bukan sbb x mampu..mampu mmg laa mampu..mmpu sangat..tp..kulit fara x ley kene make up.. alergic laa katakan huahua... x pe laa..asalkan kkAinMaisarah bahgia...huhu....

wasalam...
yg jelous,
FarAsyiqin aka Macho

Anonymous said...

Salam kak ain,
Wah! lawanyer!:)

wasalam,
~dayah~

BalqisBasri (^^,)v said...

Balqis tak pernah tengok gambar Kak Ain selawa itu !!!
Hehehehe...
Gambar tu dah laa clear...
Lawa,cantik...
Memang bagus pun Cik Abang suruh Kak Ain beli bedak tu...

BalqisBasri (^^,)v said...

Kak Ain...
Maaf ye...
Yang post rawatan kaki tu..
Sebenarnye Balqis nak tulis KAKI BABY...
Tp tertulis kaki babi...
hehehehehe...
Balqis x bermaksud yang babi tu taw....
Maaf Kak Ain...

Syafiqoooh said...

SALAM
kak ain comel sgt.
:D
dah mcm model,boleh buat part time.
huhu..

Anonymous said...

salam kak ain,
amboi, pandai betul kak ain berposing. ada gaya macam model terkenal je..

maaflah kerana saya dah lama tidak menjenguk ke rumah pink ni. seminggu lepas saya sibuk dengan peperiksaan. jumaat, sabtu dan ahad saya mengikut rombongan lawatan ajk koperasi dan pengawas pss ke taman negara pahang. petang semala baru pulang. penat juga saya hari ni.
kak ain pernah ke sana? kalau belum, saya rasa kak ain perlu ke sana kerana pemandangannya sangat tenang dan mendamaikan. bolehlah kak ain dapat banyak-banyak idea untuk tulis 100 novel.

maaf, sampai di sini sahaja. ada masa kita bertemu kembali.

wasalam...

Anonymous said...

Salam kak ain,

Wah, cutenya gambar kak ain.

Sara dah lama sangat tak pergi Mid Valley. Kali terakhir sara pergi 2 hari selepas result UPSR keluar (hari pertama cuti persekolahan lah).

Rindunya MidValley..

Tebalnya. Muka Sara alergi pada sesetengah bedak. Sesetengah jelah, ada yang tak alergi.

Teringat lag waktu tu, macam biasa Sara pakai bedak sebelum pergi sekolah, sampai sekolah muka jadi gatal-gatal. FOBIANYA !! Satu hari Sara tak dapat beri tumpuan langsung apa yang cikgu ajar.

Sedih.. Tapi tak semua bedahk Sara alergilah.

Anonymous said...

KAK AIN....
TENGOKLAH RIHA KT TV9...:)
20 JULAI NI... AHAD 7:30 MALAM..
AJAKLAH CIK ABANG TENGOK SAMA, HEHEHEH...^_^
KAK AIN BAGITAU LAH JUGAK KAT SEMUA PEMBACA KAK AIN! THANKS....

Anonymous said...

salam k.ain

emm..lawa la.pandai org yg make up tu kan.heheh..

geram la tgk video tu.asik tersangkut2 jeww..
nak tgk penuh pun ssh la..

k.ain ni kalo pegi mane2 mmg bawak kamera yer??

AinMaisarah said...

Salam buat Riha,
Kak Ain harap Riha boleh e-melkan kepada Kak Ain semua gambar-gambar disebalik tabir rancangan 'Suatu Hari Nanti'

Kak Ain nak siarkan dan war-warkan kepada pengunjung di Rumah Pink AinMaisarah tentang kemunculan Riha di TV.

Sila e-melkan secepat mungkin ya!

Salam Sayang,
AinMaisarah
p/s: Mesej dan komen mereka yang lain akan Kak Ain balas sekejap lagi ye!

MIRA said...

Kak Ain,

Boleh x jwb komen AinMaisarah & HP Mini?

і ам шно і ам=) said...

salam kak ainmaisarah binti ???

kak ain tgok sekali macam umo19 tahun
je.hehe..cute lah boleh jd model tkenal.nasib baik maybelline tak ambil jadi duta klu tak ,x menang tangan kak ain.huhu

Anonymous said...

nk buku baru.nk menang jugak.

Farah Hanum said...

salam kak ain....
ciut,comel,kiut semua ade pada kak ain kita....hehehehe memang cantik laa...cik abang cakap ape kat kak ain semasa tengah bergambar puji tak???hehehe saje je....tanya...erm...kak ain ibu saye dah sms kak ain bila nak dapat buku aku mahu popular.....please kak ain jwab komen saye ....

yang mengharap dan menunggu...
farah_hanum.

Anonymous said...

ellow!!
Cantik nye kak ain!!!

Anonymous said...

Wah,Kak Ain kita ni comey btol...
Dpt msuk YouTube lg...
Cayalah - Nubhan AF6 ....